Rievera Marketing ialah syarikat penuh bumiputera yang menjalankan perniagaan jual beli mesin fotokopi, menyewa mesin fotokopi, dan import & export mesin fotokopi / fotostat. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. Malahan kami menawarkan harga yang berpatutan dengan jaminan yang tiada bandinganya. Misi kami adalah membantu orang ramai mendapatkan mesin fotokopi yang berkualiti dan mampu milik.
Bagaimana kami boleh menandingi syarikat yang lain ialah kami sentiasa mengkaji dan sentiasa bergerak secara kompetitif didalam industri mesin fotokopi / fotostat. Disamping itu kami adalah pengimport utama mesin fotokopi / fotostat.
Pakej Sewaan Mesin Fotokopi / Fotostat
Pakej sewaan mesin fotokopi / fotostat hanya kami tawarkan kepada pejabat sahaja. Pakej sewaan kami adalah mampu milik dan tidak perlu berfikir panjang untuk memilikinya. Didalam pakej sewaan ini, kami memberi jaminan dari segi alat-ganti dan toner. Dan sekiranya terdapat kerosakan yang kritikal maka kami akan menukarkannya dengan mesin lain tanpa perlu membayar kos sewaan tambahan.
Pakej Belian
Pakej belian ditawarkan untuk pelanggan yang terdiri daripada pejabat ataupun perniagaan fotokopi/ fotostat. Kesemua pakej belian kami mempunyai jaminan terhad bagi setiap barangan.
Lain-lain
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan menjual alat ganti mesin fotokopi / fotostat, memberi nasihat perniagaan dalam bidang perniagaan fotokopi / fotostat dan juga membantu menyediakan perkhidmatan setup network bagi kegunaan pejabat.
Jaminan & Kualiti
Setiap mesin sebelum ianya keluar dari gudang kami akan melalui 4 jenis major checkpoint yang meliputi pemeriksaan eletronik, pemeriksaan mekanikal, pemeriksaan badan dan pemeriksaan kualiti output. Ini adalah untuk memastikan apabila tiba ditangan anda, hanya perlu pasang dan guna sahaja.
Peluang Perniagaan Sebagai Pengedar Mesin Fotokopi / Fotostat
Kami bukannya seperti kebanyakan syarikat lain yang menyekat peluang berniaga anda sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan dalam perniagaan mengedar dan servis mesin fotokopi. Jika difikirkan adalah rugi sekali jika kami membuka peluang ini kerana margin keuntungan akan berkurangan. Tetapi tidak, perniagaan kami adalah secara mudharabah dan takaful iaitu kami membuka peluang kepada anda untuk menjadi usahawan pengedar mesin fotokopi dengan syarat anda adalah bumiputera.
Kami akan memberi bantuan teknikal dan latihan kepada anda bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan mengedar mesin fotokopi /fotostat walaupun pengalaman anda adalah kosong.