Teknikal & Alat Ganti

repair mesin fotostat

Servis, Jaminan & Alat Ganti

Dalam sesuatu organisasi sama ada pejabat, kedai, sekolah mahupun jabatan kerajaan, sekiranya berlaku kelewatan dalam pembaikan mesin fotokopi/fotostat boleh mengganggu operasi pekerjaan organisasi tersebut. Maka satu mekanisma "fast services" amat diperlukan. Had masa maksimum 5 jam "downtime" adalah satu falsafah syarikat kami bagi tujuan pemulihan mesin.

Juruteknik kami terdiri daripada individu yang mampu memberikan khidmat lepas jualan yang terbaik untuk anda. Mereka telah dilatih dalam pelbagai situasi dan senario masalah mesin yang pelbagai. Jadi tidak hairanlah jika anda boleh memanggil mereka sebagai "Site Engineer"

Disamping servis yang terbaik, syarikat kami juga amat menitik berat mengenai jaminan mesin fotokopi/fotostat dan penggunaan alat ganti. Walaupun kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah OEM, tetapi ianya mempunyai kualiti yang sangat tinggi